Soalan: Jiran sangat penting dalam
kehidupan kita. Tulis karangan tentang cara-cara merapatkn hubungan dengan
jiran tetangga.
Semua
orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan kita.
Disebabkan itu, jiran sangat penting dalam kehidupan kita.
Kita
perlu memupuk semangat kejiranan agar perhubungan kita dengan jiran sentiasa
baik dan mesra. Kita mestilah berbaik sangka dan tidak menaruh syak yang negatif
terhadap jiran tetangga.
Selain
itu, kita juga hendaklah mengambil berat tentang jiran kita terutama jika mereka
menghadapi kesusahan. Kita perlu bertanya khabar atau melawat jiran tetangga agar
hubungan sesama jiran sentiasa akrab.
Pada
waktu perayaan, jemputlah jiran tetangga datang ke rumah. Raikan jiran dengan
hidangan istimewa. Berikan layanan terbaik supaya wujud suasana mesra dan
saling menghormati.
Kita
juga perlu bergaul mesra dengan jiran tetangga. Elakkan diri kita daripada
bersikap individualistik yang boleh mencemarkan hubungan kita dengan jiran. Apabila
hubungan mesra, kehidupan kita akan lebih baik dan kita juga dapat menjalankan
tugas harian dengan cemerlang.
Kesimpulannya,
ada pelbagai cara untuk merapatkan hubungan kita dengan jiran tetangga agar
kehidupan kita aman dan cemerlang. Jika kita mengamalkan semangat kejiranan,
nescaya hidup kita akan bertambah ceria.
salam kenal..
BalasPadamterima kasih cikgu
BalasPadamthank you ahh... cikgu
BalasPadamThank you ... cikgu
BalasPadamSalam kenal. Karangan cikgu diberi sangat bagus. Saya akan mengambil isi-isi penting untuk karangan saya. Saya tidak akan meniru jawapan cikgu. Tapi, saya nak mengucapkan terima kasih atas pertolongan cikgu hari ini.
BalasPadam