Jumaat, 6 Jun 2014

Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran

Soalan: Tulis karangan tentang cara-cara menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran.  

cemerlang dalam pelajaran
Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran 

Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak dating dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh. Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-guru akan member penekanan pada topic-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.  




50 ulasan:

  1. teringat zaman sekolah dulu..such a precious moment, unforgettable :)

    BalasPadam
  2. salam ziarah cikgu. Kata org2 tua, bulat tidak datang bergolek n pipih tidak dtg bergolek. Begitulah dgn kecemerlangan, ia perlu diusahakan.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Byk salah Eja BTW karangan ni mmg meletop

    BalasPadam
  5. Byk salah Eja BTW karangan ni mmg meletop

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Mana ada siok bah kalau bosan maksud nya kau pemalas

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. karangan ini best ah..untuk ulang kaji exam saya baca karangan ini dan karangan ni je keluar.oleh baca karangan ini ,saya daPAT MARKAH 23
    WOOOOOOOOOW

    BalasPadam
  11. hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  12. Banyak masalah ejaan,tanda baca dan tatabahasa. Adik aku lagi pandai buat karangan

    BalasPadam
  13. Tak reti buat karangan tak yah buat lah.Kalu pemeriksa tengok confirm tak lebih daripada 15 markah.

    BalasPadam
  14. Terima kasih untuk menghantar karangan ini....Ia sangat berguna

    BalasPadam
  15. Karangan tersebut itulah keluar dalam peperiksaan UPSR 2019.SAYA DAPAT Markah sebanyak 25

    BalasPadam
  16. njirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam
  17. amat membantu saya. terima kasih cikgu salmi

    BalasPadam