Jumaat, 30 Mei 2014

Membina Ulasan 2


Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.


Haikal, Afiq dan Hakim berkawan rapat kerana mereka tinggal sekampung. Pada suatu hari, ketika berjalan-jalan,mereka melalui kawasan dusun buah-buahn. Mereka ternampak buah rambutan yang masak.
       Hakim mengajak Haikal dan Afiq memanjat pokok rambutan, tetapi tidak dipersetujui oleh kawan-kawannya. Haikal dan Afiq menasihati Hakim agar tidak memanjat pokok rambutan itu. Hakim tetap berkeras mahu memanjat pokok rambutan itu. Hakim segera memanjat pokok rambutan manakala kawana-kawannya menunggu di bawah. Sedang leka memetik buah rambutan, dahan yang dipijaknya patah. Hakim terjatuh dan meraung kesakitan kerana kakinya patah. Haikal dan Afiq yang masih berada di kawasan itu cuba membantunya. Kebetulan, Pak Mail melalui kawasan dusunnya itu dan ternampak mereka bertiga.
       Pak Mail menghantar Hakim ke klinik. Kaki Hakim yang patah telah dirawat. Haikal dan Afiq pula menghubungi keluarga kawan mereka itu. Hakim berasa kesal atas perbuatannya dan memohon maaf daripada Haikal dan Afiq. Dia juga memohon maaf daripada Pak Mail kerana mengambil buah rambutan di kebun Pak Mail tanpa keizinannya.


Senarai nilai dan pernyataan.

NILAI
PERNYATAAN
1.
memupuk persahabatan/ semangat bermasyarakat/ setia kawan/ erat tali persaudaraan/ kasih sayang/ erat silaturahim
Haikal, Afiq dan Hakim berkawan rapat kerana mereka tinggal sekampung
2.
berpendirian tegas/ hemah tinggi/ jujur/ rasional/ bertindak bijak/ sepakat/ bersatu hati/ bijak berfikir
Haikal dan Afiq tidak bersetuju dengan ajakan Hakim untuk memanjat poko rambutan
3.
patuh/ akur/ taat/ mendengar nasihat/ mendengar kata
bukan seperti Hakim yang tetap berkeras memanjat pokok rambutan itu
4.
berhati-hati/ berwaspada/ beringat-ingat/ menjaga keselamatan
Hakim sepatutnya tidak leka ketika memanjat dan memetik buah rambutan
5.
prihatin/ baik hati/ bertanggungjawab/ bertindak pantas
Haikal dan Afiq cuba membantunya
6.
baik hati/ prihatin/ bertanggungjawab/ simpati/ belas kasihan/ bertindak pantas/ bertindak bijak
Pak Mail menghantar Hakim ke klinik
7.
bertanggungjawab/ prihatin/ bertindak bijak
Haikal dan Afiq pula menghubungi keluarga kawan mereka itu
8.
Insaf/ sedar diri/ mengakui kesalahan
Hakim berasa kesal atas perbuatannya
9.
rendah diri/ hemah tinggi/ mengakui kesalahan/ insaf/ berhati mulia
memohon maaf daripada Pak Mail
  



 

Membina Ulasan 1

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.


Farhana membantu kakaknya di dapur menyediakan juadah untuk dibawa berkelah. Setelah semua barang dimasukkan ke dalam kereta, ibu mengunci pintu rumah. Sebelum itu, ibu memastikan semua suis lampu dan kipas dimatikan. Ayah menyuruh kami semua memaki tali pinggang keselamatan. Ayah memandu mengikut had laju yang ditetapkan. Farhana dan kakaknya membaca buku semasa dalam perjalanan.
    Apabila sampai di kawasan perkelahan, Farhana dan kakaknya membantu ayah mengeluarkan barang-barang dari kereta. Kemudian, Farhana dan kakaknya ke laut untuk mandi. Farhana dan kakaknya menggunakan pelampung ketika mandi. Setelah puas bermandi-manda, Farhana dan kakaknya menikmati bekalan makanan yang dibawa. Farhana sempat memberi makanan kepada seorang budak perempuan yang turut berkelah di situ. Sebelum pulang, Farhana dan keluarganya membersihkan kawasan perkelahan itu.



Senarai nilai dan pernyataan:

NILAI
PERNYATAAN
1.
rajin/ baik hati/ prihatin

membantu kakaknya di dapur menyediakan juadah untuk dibawa berkelah
2.
berwaspada/ berhati-hati/ beringat-ingat
mengunci pintu rumah
3.
berjimat-cermat
memastikan semua suis lampu dan kipas dimatikan
4.
bertanggungjawab/ prihatin/ ambil berat/ cakna/ berwaspada/  berhati-hati/ beringat-ingat
menyuruh kami semua memakai tali pinggang keselamatan
5.
berdisiplin/ berhemah/ mematuhi peraturan
memandu mengikut had laju yang ditetapkan
6.
menghargai masa/ rajin
membaca buku semasa dalam perjalanan
7.
rajin
membantu ayah mengeluarkan barang-barang dari kereta
8.
berwaspada/ berhati-hati/ beringat-ingat/ menjaga keselamatan/ mementingkan keselamatan
menggunakan pelampung ketika mandi
9.
pemurah/ hemah tinggi/ baik hati

memberi makanan kepada seorang budak perempuan
10.
bertanggungjawab/ cintai alam sekitar/ prihatin/ ambil berat/ cakna/
membersihkan kawasan perkelahan itu




Mengesan Nilai/ Pengajaran




Latihan 1
Nyatakan nilai atau pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

No
Ayat
Nilai/Pengajaran
1.  
Iskandar selalu menolong ibunya menjual nasi lemak di pasar malam.

2.
Aimi membersihkan meja makan selepas makan bersama-sama keluarganya.

3.
Najiha sentiasa menyiapkan kerja yang diberikan dengan cepat dan kemas.

4.
Adam menyertai lawatan sekolah ke Melaka pada cuti sekolah yang lepas.

5.
Walaupun kalah, Zafran menerima keputusan pertandingan dengan hati yang terbuka.

6.
Cikgu Ali member peluang kepada semua murid untuk mencuba melakukan lompatan itu.

7.
Ikmal memulangkan lebihan wang tersilap diberikan oleg juruwang itu.

8.
Aidil dan Aiman bersama-sama menyiapkan projek yang diberikan oleh guru.

9.
Najwa menahan kemarahannya walaupun adik menconteng buku yang baru dibelinya.

10.
Kamil menunggang basikalnya perlahan-lahan menuju ke sekolah.

11.
Amira mematikan suis kipas di dalam kelas sebelum keluar rehat.

12.
Faiz meminta kebenaran ibunya sebelum keluar bermain bersama-sama kawannya.

13.
Farhan mengikut ayahnya menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka.

14.
Anggota polis mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kesesakan jalan raya.

15.
Azrul dan keluarganya menziarahi ayah Ah Meng yang sakit di rumahnya.