Memaparkan catatan dengan label Bahagian A. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahagian A. Papar semua catatan

Ahad, 4 Mei 2014

Bahagian A: Di Taman Sains

Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman sains sekolah.
Tulis lima ayat berdasarkan gambar tersebut.




Siapa/Apa/Berapa
Aktiviti
Peluasan Ayat/Keterangan
(Siapa/Bila/Bagaimana/Mengapa/Mana)
1.    


2.


3.


4.


5.


 


Jawapan:
  1. Naufal dan Faiq mencabut rumput yang panjang berhampiran sangkar burung.
  2. Ammar dan Hadif menggembur batas menggunakan skop mini.
  3. Najmi dan Naim mengecat sangkar burung agar sangkar itu kelihatan cantik.
  4. Nabiha menyiram pokok bunga di taman itu agar pokok itu segar.
  5. Tasnim dan Mei Ling membuang sampah ke dalam tong sampah menggunakan pongkes.

Sumber: Didik-Berita Harian




Sabtu, 3 Mei 2014

Bahagian A: Membersihkan Bilik Darjah


Gambar di bawah menunjukkan suasana ketika membersihkan bilik darjah.
Tulis lima ayat berdasarkan gambar tersebut.



Siapa/ Apa/Berapa
Aktiviti
Peluasan Ayat/Keterangan
(Siapa/Bila/Bagaimana/Mengapa/ Mana)
1. Ai Ling  dan Fatin
menyapu sampah
yang bertaburan di atas lantai kelas mereka.
2.


3.


4. 


5. 




Jawapan:
  1. Fatin dan Ai Ling menyapu sampah yang bertabiran di atas lantai kelas mereka.
  2. Aisyah dan Marry menyusun meja agar kelas mereka lebih kemas dan teratur.
  3. Zul dan Iyad mengelap cermin tingkap dengan menggunakan kain agar cermin tingkap itu bersih dan berseri.
  4. Sherry membuang sampah ke dalam bakul sampah menggunakan penyodok.
  5. Hisyam membersihkan papan tulis menggunakan pemadam agar papan tulis itu bersih sebelum digunakan semula.

Sumber: Didik-Berita Harian


Jumaat, 2 Mei 2014

Bahagian A: Sambutan Hari Lahir

Gambar di bawah menunjukkan suasana persiapan sambutan Hari Lahir. Tulis lima ayat berdasarkan gambar tersebut.




Siapa/Apa/ Berapa
Aktiviti
Peluasan Ayat/Keterangan
(Siapa/Bila/Bagaimana/Mengapa/ Mana)
1.    


2. 


3.


4.


5.



Jawapan:
  1. Kakak menyusun gelas di dalam dulang yang diletakkan di atas meja.
  2. Emak menghidangkan juadah makanan di atas meja untuk hidangan para tetamu yang hadir.
  3. Adik mengelap cermin tingkap dengan sehelai kain agar tingkap itu bersih.
  4. Lukman membantu abangnya menyusun kerusi di ruang tamu untuk para tetamu yang akan hadir ke majlis itu.
  5. Ayah menggantung belon di syiling ruang tamu agar ruang itu lebih cantik dan ceria. 


Sumber: Didik-Berita Harian



Khamis, 1 Mei 2014

Bahagian A: Di Meja Makan

Gambar di bawah menunjukkan suasana di meja makan. Tulis lima ayat berdasarkan gambar tersebut.




Siapa/Apa/ Berapa
Aktiviti
Peluasan Ayat/Keterangan
(Siapa/Bila/Bagaimana/Mengapa/ Mana)
1.    


2.


3.


4.


5.



Jawapan:
  1. Emak menyendukkan nasi lalu diletakkan ke dalam pinggan ayah.
  2. Ayah menghulurkan segelas air kepada adik yang duduk bersebelahan dengannya.
  3. Kakak menyendukkan lauk untuk adik lelaki yang menghulurkan pinggan kepadanya.
  4. Nenek menuangkan minuman ke dalam gelas yang diletakkan di dalam sebuah dulang.
  5. Abang yang duduk bersebelahan dengan adik perempuan makan nasi dengan berselera sekali.



Sumber: Didik-Berita Harian