Selasa, 10 Jun 2014

Cara-cara Merapatkan Hubungan dengan Jiran Tetangga

Soalan: Jiran sangat penting dalam kehidupan kita. Tulis karangan tentang cara-cara merapatkn hubungan dengan jiran tetangga.    

hubungan dengan jiran tetangga

Cara-cara Merapatkan Hubungan dengan Jiran Tetangga

Semua orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Disebabkan itu, jiran sangat apenting dalam kehidupan kita.

Kita perlu memupuk semangat kejiranan agar perhubungan kita dengan jiran sentiasa baik dan mesra. Kita mestilah berbaik sangka dan tidak menaruh syak yang negatif terhadap jiran tetangga.

Selain itu, kita juga hendaklah mengambil berat tentang jiran kita terutama jika mereka menghadapi kesusahan. Kita perlu bertanya khabar atau melawat jiran tetangga agar hubungan sesame jiran sentiasa akrab.

Pada waktu perayaan, jemputlah jiran tetangga dating ke rumah. Raikan jiran dengan hidangan istimewa. Berikan layanan terbaik supaya wujud suasana mesra dan saling menghormati.

Kita juga aperlu bergaul mesra dengan jiran tetangga. Elakkan diri kita daripada bersikap individualistik yang boleh mencemarkan hubungan kita dengan jiran. Apabila hubungan mesra, kehidupan kita akan lebih baik dan kita juga dapat menjalankan tugas harian dengan cemerlang.

Kesimpulannya, ada pelbagai cara untuk merapatkan hubungan kita dengan jiran tetangga agar kehidupan kita aman dan cemerlang. Jika kita mengamalkan semangat kejiranan, nescaya hidup kita akan bertambah ceria. 



1 ulasan: