Ahad, 4 Mei 2014

Kak Siti Ke Sekolah


Unit Bimbingan dan Kauseling dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Temin telah berjaya menganjurkan program bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada  5 Mac yang lalu.  

Antara objektif program ini ialah:
  • Murid dapat menjadikan majalah-majalah ilmiah sebagai sumber maklumat pembelajaran
  • Membuka minda murid-murid untuk meluaskan kaedah cerapan maklumat dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati
  • Murid dapat merasai sendiri keseronokan belajar menggunakan majalah, yang dikendalikan oleh orang yang arif dalam bidang tersebut
  • Murid dapat menghargai setiap penerbitan majalah yang berbentuk ilmiah.
Program Kak Siti ke Sekolah bersama-sama Dewan Pelajar ini telah disertai oleh  132 orang murid Tahun 5. Program hampir lima jam ini dikendalikan oleh Kak Siti, editor Majalah Dewan Pelajar dibantu oleh dua orang rakan beliau. Keletah Kak Siti sepanjang hampir lima jam program ini berjalan telah berjaya menghidupkan suasana dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Sepanjang program ini berlangsung, para peserta diberi pendedahan tentang teknik-teknik penulisan ilmiah. Di samping itu, mereka juga diberi pendedahan tentang cara-cara menghantar karya untuk diterbitkan dalam majalah Dewan Pelajar.

Berikut adalah beberapa keping foto yang berjaya dirakamkan sepanjang program berlangsung





Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz yang diajukan sepanjang program berlangsung telah menerima senaskah majalah Dewan Pelajar keluaran Mac 2014.

Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru yang terlibat sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Siti dan rakan-rakan, juga kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.






1 ulasan: