Soalan: Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak.
Kamu diminta berucap dalam majlis tersebut bagi mewakili rakan-rakan kamu.
Sediakan ucapan kamu itu selengkapnya.
Yang
dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera saya
ucapkan. Selaku wakil murid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
peluang untuk berucap dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak ini.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,
Tujuan
sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan kanak-kanak iaitu
terdiri daripada murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-kanak amat besar maknanya
kepada saya dan rakan-rakan. Hal ini kerana alam kanak-kanak merupakan alam
pertama bagi kami sebelum menempuh alam remaja dan dewasa.
Hari
Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa terhadap kita.
Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti kasih sayang, perhatian
dan hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan yang diberikan ini kita balas
dengan berjanji untuk menjadi kanak-kanak yang baik dan berbudi bahasa.
Dalam
majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan kami sebagai
kanak-kanak yang Berjaya dalam pelajaran. Kami memohon kepada guru-guru agar
mendidik kami dengan penuh kasih sayang. Jika kami ada melakukan kesilapan,
tegurlah kami seperti menegur anak sendiri.
Hadirin yang dikasihi,
Pada
kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk menjadi anak
murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan nasihat cikgu akan kami
sematkan di dada. Kami juga berikrar untuk menjadi murid yang cemerlang dalam
pelajaran dan seterusnya menjadi insane yang berguna kepada masyarakat dan
negara.
Sekian sahaja ucapan saya untuk kali
ini. Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun;
Buah
cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Sekian,
terima kasih.
nice
BalasPadam