LAU LEE (tiga dari kanan) dan Wan Norizan (tiga
dari kiri) bergambar bersama murid-murid SK Temin yang menjuarai
pertandingan robotik di Karnival Sains dan Teknologi Jerantut 2011
semalam.
Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Temin muncul juara pertandingan
robotik pada Karnival Sains dan Teknologi Jerantut 2011 di Dewan Majlis
Daerah Jerantut (MDJ), Jerantut, Pahang baru-baru ini.
Dengan
kemenangan itu, lima murid sekolah berkenaan berjaya membawa pulang
hadiah wang tunai RM250 serta pingat, piala dan sijil setelah
menumpaskan tujuh buah sekolah lain yang bertanding.
Naib johan
pula milik SK Jerantut manakala tempat ketiga disandang oleh SK Pusat
Penyelidikan Tun Razak dengan masing-masing menerima wang tunai RM150
dan RM100 beserta pingat, piala dan sijil.
Karnival itu telah
berlangsung selama tiga hari dan dianjurkan oleh MDJ dengan kerjasama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Jabatan Perikanan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Malaysia (KeTTHA) dan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak.
Majlis
penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Damak, Datuk Lau Lee yang turut dihadiri oleh Setiausaha MDJ, Wan
Norizan Wan Badaruzzaman.
Ps: Berita Utusan Malaysia 05.11.2011
Ps: Berita Utusan Malaysia 05.11.2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan