Halaman

Khamis, 12 Jun 2014

Cara-cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah

Soalan: Masa sangat berharga dalam kehidupan kita. Bincangkan cara-cara menggunakan masa lapang dengan berfaedah


cara menggunakan masa
Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.

Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Aktiviti membaca dapat menambah ilimu pengetahuan dan mematangkan minda kita.  

Masa juga dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Misalnya hobi mengumpul setem, bersukan, melancong, berekreasi dan sebagainya. Sudah tentu kita berasa gembira sekiranya masa lapang diisi dengan melakukan perkara yang kita suka. 

Selain itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang penat bekerja seharian. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, secara tidak langsung kita dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Di samping itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan. Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sanak saudara dan rakan-rakan, kita juga dapat bersiar-siar.
Kesimpulannya, masa yang terluang mestilah digunakan dengan bijak. Kita haruslah melatih diri supaya dapat menguruskan masa dengan baik agar masa tidak terbuang begitu sahaja. 


24 ulasan:

  1. Satu info yang sangat berguna.tq

    BalasPadam
  2. Thank you memberi info cara cara menghargai masa

    BalasPadam
  3. thnks info yg menarik dan dapat buat kerja sekolah dengn cepat and info membaca buku memang terbaik

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Karangan ini sudah menjadi karangan UPSR

    BalasPadam
  6. trima kasih..ia memudahkan saya...

    BalasPadam
  7. Boleh x klau cikgu buat ulasan Pt3 nanti? Saya sngt lemah dlm ulasan. Saya perlukan bahan bacaan dan yang untuk dirujuk

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum izikan saya copy ya untuk rujukan . terima kasih :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum izikan saya copy ya untuk rujukan . terima kasih :)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum izikan saya copy ya untuk rujukan . terima kasih :)

    BalasPadam
  11. Kenapa karangan ni 5 perenggan je?
    Bukan 6 ke? Minta maaaf jika saya yang silap😔😔...

    BalasPadam