Kedua-dua perkataan di atas tidak harus digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira ketepatan dan kesesuaiannya sama ada dalam pertuturan mahupun penulisan.
Apakah perbezaan antara PEDALAMAN dan PENDALAMAN?
Pedalaman bermaksud daerah terpencil yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu.
Ayat contoh: Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.
Pendalaman pula membawa maksud perbuatan (usaha dsb) mendalami atau mendalamkan; perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.
Ayat contoh: Kerja-kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang tinggi.
Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini mempunyai makna yang berbeza, iaitu, pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja.
Lengkapkan ayat-ayat di bawah.
- Rahimi dan keluarganya tinggal di sebuah kawasan ____________ di negeri Pahang.
- Kerja-kerja __________ dasar sungai itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kejadian banjir kilat berulang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan