Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Haikal, Afiq dan Hakim berkawan rapat kerana mereka
tinggal sekampung. Pada suatu hari, ketika berjalan-jalan,mereka melalui
kawasan dusun buah-buahn. Mereka ternampak buah rambutan yang masak.
Hakim
mengajak Haikal dan Afiq memanjat pokok rambutan, tetapi tidak dipersetujui
oleh kawan-kawannya. Haikal dan Afiq menasihati Hakim agar tidak memanjat
pokok rambutan itu. Hakim tetap berkeras mahu memanjat pokok rambutan itu.
Hakim segera memanjat pokok rambutan manakala kawana-kawannya menunggu di
bawah. Sedang leka memetik buah rambutan, dahan yang dipijaknya patah. Hakim
terjatuh dan meraung kesakitan kerana kakinya patah. Haikal dan Afiq yang
masih berada di kawasan itu cuba membantunya. Kebetulan, Pak Mail melalui
kawasan dusunnya itu dan ternampak mereka bertiga.
Pak Mail
menghantar Hakim ke klinik. Kaki Hakim yang patah telah dirawat. Haikal dan
Afiq pula menghubungi keluarga kawan mereka itu. Hakim berasa kesal atas
perbuatannya dan memohon maaf daripada Haikal dan Afiq. Dia juga memohon maaf
daripada Pak Mail kerana mengambil buah rambutan di kebun Pak Mail tanpa
keizinannya.
|
Senarai nilai dan pernyataan.
NILAI
|
PERNYATAAN
|
|
1.
|
memupuk
persahabatan/ semangat bermasyarakat/ setia kawan/ erat tali persaudaraan/
kasih sayang/ erat silaturahim
|
Haikal, Afiq dan Hakim berkawan
rapat kerana mereka tinggal sekampung
|
2.
|
berpendirian
tegas/ hemah tinggi/ jujur/ rasional/ bertindak bijak/ sepakat/ bersatu hati/
bijak berfikir
|
Haikal dan Afiq tidak bersetuju
dengan ajakan Hakim untuk memanjat poko rambutan
|
3.
|
patuh/
akur/ taat/ mendengar nasihat/ mendengar kata
|
bukan seperti Hakim yang tetap
berkeras memanjat pokok rambutan itu
|
4.
|
berhati-hati/
berwaspada/ beringat-ingat/ menjaga keselamatan
|
Hakim sepatutnya tidak leka ketika
memanjat dan memetik buah rambutan
|
5.
|
prihatin/
baik hati/ bertanggungjawab/ bertindak pantas
|
Haikal dan Afiq cuba membantunya
|
6.
|
baik
hati/ prihatin/ bertanggungjawab/ simpati/ belas kasihan/ bertindak pantas/
bertindak bijak
|
Pak Mail menghantar Hakim ke
klinik
|
7.
|
bertanggungjawab/
prihatin/ bertindak bijak
|
Haikal dan Afiq pula menghubungi
keluarga kawan mereka itu
|
8.
|
Insaf/
sedar diri/ mengakui kesalahan
|
Hakim berasa kesal atas
perbuatannya
|
9.
|
rendah
diri/ hemah tinggi/ mengakui kesalahan/ insaf/ berhati mulia
|
memohon maaf daripada Pak Mail
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan