Soalan:
Seorang guru Tahun Enam di sekolah kamu akan berpindah ke sekolah lain.
Murid-murid Tahun Enam ingin mengadakan majlis perpisahan untuknya. Sebagai
Ketua Murid kamu perlu menulis surat kepada Guru Besar untuk meminta kebenaran
mengadakan majlis tersebut.
Ketua
Murid,
Sekolah
Kebangsaan Temin,
27000
Jerantut,
Pahang.
_________________________________________________________________________
Guru
Besar,
Sekolah
Kebangsaan Temin,
27000
Jerantut,
Pahang. 12 MEI 2014.
Tuan,
Permohonan
Mengadakan Majlis Perpisahan
Merujuk
perkara di atas, saya selaku Ketua Murid dan mewakili murid-murid Tahun Enam di
sekolah ini ingin memaklumkan bahawa kami ingin mengadakan majlis perpisahan
untuk Cikgu Rohani binti Ali yang akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Gombak
Setia pada akhir bulan ini.
2.
Sehubungan itu, kami ingin meminta keizinan daripada Tuan Guru Besar untuk
mengadakan majlis tersebut. Butiran lanjut tentang majlis tersebut adalah
seperti berikut:
Tarikh: 30 Mei 2014
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan SK Temin
Tetamu: Guru Besar, guru-guru dan murid-murid Tahun 6
3.
Untuk makluman tuan, majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan
apresiasi murid-murid Tahun Enam kepada Cikgu Rohani. Di samping itu, majlis
ini juga diadakan untuk mengenang jasa dan bakti beliau yang begitu banyak
ditaburkan sepanjang 18 tahun berkhidmat di sekolah ini. Tambahan pula,
prestasi pencapaian UPSR sekolah ini telah meningkat dengan cemerlang atas
usaha gigih Cikgu Rohani mendidik murid-murid Tahun 6.
4.
Harapan kami agar Tuan Guru Besar dapat memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan
majlis ini dan kami berjanji akan melakukan yang terbaik bagi memastikannya
berjalan dengan lancar dan sempurna. Kita juga akan memastikan dewan akan
dikemas dan dibersihkan semula setelah majlis itu selesai.
5.
Segala perhatian dan pertimbangan yang diberikan oleh pihak tuan amatlah
dialu-alukan dan dihargai.
Sekian,
terima kasih.
Yang
benar,
Amirul
(AMIRUL
AIMAN BIN AZMI)
Ketua
Murid,
SK
Temin.
terima kasih cikgu
BalasPadamTerima kasih...
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamcikgu
Noob
BalasPadamKau kali. Tu noob
PadamTolong buat surat kiriman rasmi mengadakan majlis perpisahan kawan
BalasPadam