Soalan: Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Guru.
Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis yang bakal diadakan. Sediakan
teks ucapan kamu itu selengkapnya.
Yang
dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera saya
ucapkan. Selaku wakil murid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi
peluang untuk berucap dalam majlis sambutan Hari Guru ini.
Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,
Pada
setiap tanggal 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru yang diadakan khas untuk
mengenang dan menghargai jasa guru. Biarpun insan yang bergelar guru ini tidak
pernah mengharapkan balasan, namun sebagai muridf wajarlah kita amengenang dan
menghargai segala didikan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan buat kita
semua.
Di
sekolah, gurulah yang mendidik dan mengasuh kita untuk Berjaya dan menjadi insane
yang berguna. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru, kita tidak mungkin
tahu membaca, menulis dan mengira. Usaha murni para guru yang tidak mengenal
jemu ini memang patut dipuji.
Selain
itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita.
Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan berbudi
bahasa. Jangan sesekali bersikap berat tulang untuk membantu mereka seperti membersihkan
kelas dan mengangkat barang-barang mereka.
Guru-guru yang dihormati,
Sepanjang
guru-guru mendidik kami, tentu ada kesilapan kami yang telah mengguris perasaan
guru-guru. Oleh yang demikian, saya mewakili rakan-rakan yang lain memohon maaf
atas segala kesilapan yang telah kami lakukan. Kami berjanji tidak akan
mengulanginya lagi.
Sekian
sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan guru-guru
tiada penghujungnya dan amat kami hargai. Sebelum saya mengundurkan diri,
terimalah serangkap pantun;
Banyak
padi perkara padi,
Padi mana ditanam orang;
Banyak budi perkara budi,
Budi guru dikenang orang.
Padi mana ditanam orang;
Banyak budi perkara budi,
Budi guru dikenang orang.
Sekian,
terima kasih.